Tuesday, November 2, 2010

tibe2 tbaca blog lame2 dlu....

tibe2 tbaca blog lame2 dlu...waaah, sgt sedih coz banyak yg aku adapi rupe2nye... especially psl putus tunang n cerita pasal perasaan selama jd tunang die n akhirnya x kesampaian..hmmm, dah delete pon blog itew....biarkan berlalu n tinggal sejarah...
tub tab tub tab...rase x percaya, kerana......sekarang ini aku tlh berkahwin dgn seseorang yg mmg x duga...jodoh yang tlh ditetapkan oleh Allah swt..itu lah dia...
rasenye dah lame aku x menulis di dalam blog2 aku yg tkumpul ini... blog biz online pon baru aku sentuh bulan ni memandangkan banyak masa aku xnak buang di ofis...so, nak penuhinye dgn byk bnda kat ruangan aku sendiri...
oowh yaa, ape2 pon sila laa jenguk link biz on9 aku nie k : m8mebeauty.blogspot.com

ini adalah antara gamba di hari pernikahan aku dan sewaktu hari kesyukuran majlis tersebut... ^_^ (oowh yaa, nak gtau gamba2 nie sume sy makeup n hias sndiri tau2..jgn x tau)


::detik-detik pernikahan kami::
MASJID SHAH ALAM












::DI MAJLIS KESYUKURAN PERKAHWINAN KAMI::

SEREMBAN











Tuesday, October 20, 2009

Sunday, July 26, 2009

A GOOD DATE ~RAZZI RAHMAN~

Di dalam dating,kesilapan lelaki mau pun wanita, yang selalu berlaku adalah, kita ingat dan rasa masa kita dating first time hari tu, HEBAT, Interesting or even great!

So, apabila kita dahTIDAK berpeluang untuk keluar date dengan the same person lagi…atau pasangan yang kita minat that date dengan kita hari tu dah tak jawb call atau tak return call…kita wondering, eh pasal apa ni? what did i do wrong?

“Masa dating hari tu best je…kita ketawa bersama…enjoy betul!”

Hati-hati…mungkin yang enjoy betul itu hanya anda seorang sahaja, yang sebenarnya pasangan anda langsung tidak terhibur malah boring pula. Jadi, adakah kita boleh tahu dia suka atau tidak sedari awal? Melalui pengalaman lama mungkin anda dapat mengagak. Tetapi sekiranya, kita agak kurang pengalaman…ada lebih kita careful dengan cara dating kita itu…

Alright, here are some good tips untuk menjadi pasangan dating yang baik, and hopefully a great one! :-

1. Senyum - Yes, senyum itu penting! Tengok Brother Love ni, asyik senyum je haaa, yang tak berapa hensem pun nampak macam manis je. Jumpa orang senyum je, keluar dating pun senyum je. Orang cakap apa ke benda pun senyum je hahaha…Seriously, memberi senyuman setiap masa kepada pasangan anda yang pertama kali keluar dengan anda itu, pasti akan membuatkan dia merasa selesa dan bagai dihargai. You senyum means, you suka lah keluar dengan dia kan? So, melekat je la dia kat muka you yang duk tersenyum tu.;)

2. Berbual - Jangan bercakap terlalu banyak, instead…banyakkan mendengar. Tanyakan soalan yang boleh membuatkan dia bercerita. Tunjukkan anda berminat dengan cerita dia walaupun ia membosankan hehe…Ketawa dengan jokes dia walaupun ianya tidak kelakar sangat. Jangan pula anda menguap, sampai berair mata tu hehehe Instead, renungkan ke matanya dan lihat straight. JANGAN…sekali lagi, JANGAN sibuk nak bercerita kejayaan anda, kecuali jika ditanya. Jadikan diri anda agak lebih misteri dan biarkan dia tahu slowly…yang penting tahu diri dia, lebih.

3. Topik - Ingat, tontoni berita di tv sebelum keluar date atau baca newspaper. So anda lengkap dengan berita semasa. At least topik apa yang orang perbualkan anda juga boleh turut memperkatakan sesuatu. Yang penting apabila ilmu pengetahuan penuh di dada, anda pastinya dapat memulakan topik perbualan yang lebih menarik dan in trend! ALSO, paling penting…cari topik apa yang boleh ada kena mengena dengan pasangan anda. Sesuatu yang boleh relate to her/him …yang dia juga merasakan sama seperti you all rasa. Tak tahu? pasang spy laaa, investigate dia dulu before dating!

4. Perfume - Jangan pula keluar dating hapak je bau badan, hangit je ketiak tu…adoi Ramai tau macam ni. Aroma, bau-bauan, pewangi…ini penting! Kena bijak memilih bau yang agak selesa dan damai serta menyegarkan. Jangan sesekali menggunakan perfume yang heavy dan memedihkan hidung bila memakainya. Buatkan biar ia lighter baunya… Ini sesetengah tu kan, naaaa…spray habis seluruh tubuh, baju dan seluar. ADOI! A good perfume ni, cara dia…you spray ke hadapan you kemudian you berjalan merentas perfume yang you spray tadi…kira you kena baunya TIDAK direct!…barulah dia lighter…pasangan anda sure bertambah minat punyalah.

5. Pakaian - Baru-baru ni ada sorang lelaki ni tanya I pasal apa dia susah dapat awek… - Lu pakai baju pun kotor, seluar pun berbau busuk, macamana nak dapat girlfriend? Bukan nak suruh pakai yang branded! But at least presentable la kan. Pakaian yang bersih. Pakai smart sikit, kemas. Kalau nak rugged tu biar mengikut trend yang menarik dipandang orang. Barulah boleh keluar dating, dan pasangan kita pun bangga je berjalan dengan kita kan. Kalau wanita pun sama, kena smart sikit dan lebih santai la…seksi okay, tapi jangan seksa, terbongkah sana-sini… itu anda memberi sign kat dahi anda that you’re EASY!

6. Pertanyaan - Memberi soalan atau bertanyakan soalan tu, biarlah yang mudah untuk dijawabnya. Soalan yang dia tidak takut untk menjawab. Ini sesetengah tu kan, siap paksa-paksa lagi suruh jawab. “Jawablaa… jawablaa… beritahulaa, kalau tidak tak nak cakap dah” Adoi…boring tu beb. Tanyalah perkara-perkara biasa seperti hobi dia ke, minat muzik berentak bagaimana, filem atau drama apa yang selalu ditontonnya ke…simple things. Avoid complicated things or any about her/his past, its a Double NO!

7. Suara - Control beb! Pertama kali dating ni isshhh…suara tu perlahan sikit, kalau ketawa pun tutup mulut sikit. Sesetengah orang tu kan, ketawa punya lah kuat, bercakap pun kuat…sebabnya nak tarik perhatian orang. Nampak sangat desperado beb! Jangan nampak trying too much…So avoid dari bercakap kuat. Bercakap biar suara tu lembut, segar…baru lah semua orang bertambah minat dengan kita. Romantik boleh, tapi please, tak perlu nak buat suara manja-manja…baru 1st date ni, relaxxx…

8. Memuji - Ini adalah satu perkara wajib! hehe, pujilah mata dia ke, or rambut…or even his/her shoes. TAPI, jangan asyik memuji macam segala-gala dalam dunia ini tidak lebih daripadanya pula. Puji sekali dua…then concentrate on it. Sebagai contoh, puji kasutnya lawa. Then you boleh tanya, “beli kat mana? …diperbuat dari apa? Jangan pula puji, “Kasut you lawa la, baju you pun cantik, seluar you lagi kelas, mata you ayu betul, rambut you ikal mayang fulamak…” Oi! tak real la wei…

9. Where to go - Menonton wayang sounded seperti a great lovers place right? WRONG! Kalau boring untuk bercakap boleh pergi tengok wayang :)Nak tengok muka pun gelap je. Jadi, mana ada masa untuk enjoy dating tu? But it is a part of the outing or dating la. Tempat utama you should starts with is a CAFE! Orang ingat, meet up or go for a drink ni macam kawan biasa punya tempat…Noooo, that’s where lelaki dan wanita sama-sama mengayat begins. You boleh bertentang mata, you ada banyak masa bersama, baru happening. Cari Cafe yang lebih cozy, nyaman…kurang orang pergi. Here is where you can make jokes and laugh together. Boleh betul-betul get to know each other…

10. Menggatal - PERLU tetapi sedikit-sedikit sudahlah. Menggatal doesnt have to be kena pegang-pegang. Bercerita tentang cerita sex jokes tu pun kira macam menggatal la jugak. Kalau partner you ketawa…its a bonus. Kalau tak tu, you kena cari jalan lain. Ada 2 cara lagi, ONE : cuba buat-buat bercakap tentang hebatnya atau cantiknya body parts partner anda. Kalau dia layan, cantik! TWO : Bergurau dari dalam percakapan pun boleh jadi interesting jugak. Contohnya, bercakap sesuatu yang membayangkan ada 2 maksud. satu maksud the real thing, another maksud relate to sex. Again, kalau partner you ketawa, dia suka lah tu…kalau tak, change the topic laa. The menggatal part ni actually penting juga, untuk merapatkan lagi perhubungan.

*Whatever it is, kalau dia sudah menerima pelawaan anda untuk dating, dia sudah bersetuju untuk keluar dengan anda untuk pertama kalinya, ITU bermakna dia suka kan anda….dia mahu mengenali anda dengan lebih lanjut lagi. JADI…give him/her, the best time ever, make it special! barulah kita akan menjadi A GOOD DATE…dan tentu saja, saat untuk dating sekali lagi, dating kali ke 2 tuuu…is just around the corner


*** bagi aku, yg plg penting ialah mmakai perfume -adelah haruman yg best cket utk dihidu..xkan nak bau bdn koot..n jage penampilan..e2 yg sringkali aku lihat..yeeh

Friday, July 24, 2009

mlm sabtu

mcm beselaa, skunk dah nk kul 3 tp still mata tnganga luas lg..aduush..ape kes..
mule2 agak bosan gler babun...bukak tagged, frenster, fc n sume laa tp olalala je laa kan.. stkt bukak2 bace2, ngomel2...pastu aku boo layan..nape laa ngokngek n sengal gle mcm nie..

tp xlame kendian..aku terasa hepi..kih3..taraaaa! ape erk...nnti2 laa..

Thursday, July 23, 2009

malam ini...

terasa kelayuan pd mata..
kelopak mata makin berat utk memandang...
terasa pedih bak ade bebanan..
tp sayangnye x dpt utk menutupnya

dlm kesepian malam ni...
tbe2 rase berat utk melangkah ke mana2...
tp bgitu rajinnye jari jemari utk mcoretkan sesuatu di dalam ruang idup di cni...
angin yg btiup terasa bgitu dingin...
m'igtkan ssuatu n aku x tau ape yg perlu aku pikirkan
ape yg ade dlm kehidupan aku yg skunk...

apabila aku diberitahu, aku seumpama idup dlm dunia maya
idup dgn blog2, ruangan internet, n angan2 serta bayangan sndiri
tp pnah x aku tahu ape sebenarnya yg diri aku nak
apa sbenarnya yg diri aku perlukan..ape yg aku cari selama ini...
nape perangai ku semakin mjadi2 tnpa dpt dikawal...
makin sombong...makin mmencil...makin tggi kehidupanku dlm dunia sndiri..
nape x bpijak di bumi yg nyata???

stiap saban hari, aku menelaah sume ini...
tsenyum, tgelak n seolah2 bgurau dgn diri sndiri
kdang2 bkata2 pd diri sndiri...menangis...dan mplihatkan mcm2 memek muka
aku x sedar kcuali ade ssorg yg sibuk mmerhatikan aku...
simpati?? x juga... ramai yg kate pelik...
nape aku x rase pelik..cume aku risau diri aku...
siapa yg dpt ubah sume ini lg.....
hanya menanti jawapan...............nnti..........

Monday, July 20, 2009

wish him best of luck~ tibe2 t'igt ttg die n masa yg tlh blalu...


Adik KPN jadi Inspektor Percubaan


MOHAMMAD Izzat Hassan bersama bapanya Hassan Azhari (kanan) dan ibu, Maimunah Abd. Ghani pada majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZULHAFIZ HANAFIAH

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 11 Julai - ''Saya mendapat inspirasi untuk memasuki polis setelah melihat kejayaan abang saya (Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan) sepanjang kerjayanya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Mohammad Izzat Hassan, 27, yang ditauliahkan sebagai Inspektor Percubaan hari ini.

Bekas graduan Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu memberitahu, ketika di bangku bangku sekolah, beliau tidak pernah terfikir untuk menyarung pakaian seragam biru tersebut.

''Tapi saya mulai jatuh cinta pada dunia kepolisan sejak melihat kewibawaan abang saya. Dia (Musa) menjadi pendorong utama saya dan berdirinya saya di sini adalah kerana dia," katanya.

Mohammad Izzat berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Hadir sama ibu bapanya Tan Sri Hassan Azhari dan Puan Sri Maimunah Abd. Ghani.

Menceritakan pengalaman awal menyertai polis, Mohammad Izzat berkata, pada mulanya Musa tidak menggalakkan untuk menyertai polis.

Katanya, ini kerana tanggungjawab serta beban tugas dipikul oleh pegawai polis bukanlah semudah disangka malah memerlukan komitmen yang tinggi.

''Abang (Musa) cakap hanya seseorang yang benar-benar bersedia untuk memikul semua tanggungjawab di bahu sahaja boleh masuk polis.

''Kata-kata itu membuatkan hati saya terus bersemangat untuk memilih kerjaya yang dilalui oleh abang,'' katanya.

Ditanya antara pesanan orang nombor satu PDRM itu sebaik mendapat tahu adiknya mendapat tawaran untuk menjalani latihan sebagai Inspektor Percubaan itu, Mohammad Izzat berkata:

''Abang berpesan supaya jaga disiplin dan nama baik keluarga. Dia juga meminta saya supaya tidak mengharapkan apa-apa keistimewaan kerana semata-mata saya adik dia,'' katanya.

Tambahnya, meskipun jurulatih Pulapol sedia maklum mengenai latar belakang dirinya namun Mohammad Izzat tetap 'dibelasah' dan dikenakan hukuman seperti pelatih-pelatih yang lain sewaktu melakukan kesalahan.

''Saya tidak pernah diberi layanan istimewa bahkan mengikuti rutin harian seperti rakan-rakan saya yang lain,'' ujarnya.

Paling melucukan kata Mohammad Izzat, rakan sebiliknya terkejut besar apabila mengetahui beliau merupakan adik kepada Ketua Polis Negara selepas tiga bulan perkenalan mereka.

Anak ke-20 daripada 21 orang itu bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah abangnya untuk menjawat jawatan nombor satu satu hari nanti.

''Alhamdulillah... kalau panjang umur dan dengan restu ibu bapa, saya akan ke tahap itu.

''Dan hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup saya dan tak mungkin saya lupa tarikh ini sehingga saya pencen. 11 Julai 2009 permulaan langkah pertama saya dalam bidang kepolisan," katanya.

Sementara itu Kategori Terbaik Keseluruhan Inspektor Percubaan kali ini dirangkul oleh anak kelahiran Pulau Mutiara, Inspektor Yip Chang Ching manakala Kategori Terbaik Akademik dimenangi oleh Inspektor Yep Shao Kheng.

Kategori Terbaik Latihan Luar disandang oleh Inspektor Mohd. Zaki Ahmad dan bagi Kategori Wanita Terbaik dimenangi anak kelahiran Pahang, Che Intan Subri.

majlis pertunangan kakak shaye yg tcinta


















sumenye bjalan lancar.. hmmm..tepat kul 12.30 kuarga @ sedara pihak lelaki dr johor smpai di pkarangan rumah yg disambut oleh family kami... tema kami time tuu adalah itam..agak bbisik2 jgak laa org..coz akak aku pon serba itam..ihikS!adiah dr abah kami... hmmmmm, 7 dulang dibalas 5 dulang..diiringi kwn2 mereka yg laen dlm 4 kereta n sedara mara pihak lelaki x brape prasan laa..
majlis nie tlh dimesyuaratkan tlebih dulu dgn org2 kuat mak abah n abg... agak sronok,klam kabut pon ade jgak kot... issh, xnak potpet2 byk sgt laa.. juz utk titipan n kngnan memori t'indah e2... yaa,layaaanz..

Sunday, June 28, 2009

rini af7??

hahahaa..ini khas utk abg azuan..coz die mmg minat gle kat sorg artis nie yg baru muncul dgn kelahiran af7 baru2 nie......ahaks!!slmt mjamu mate eey... rini mmg cntik wlaupn ramai kate die cantek makeup ke foundation ke, tepung ke, plastik ke ape ke..tp 2 lah aku tgk ok je (coz aku pon mmg kaki makeup even x spnjg mase laa), tunang nye pon ensem..same pdn..doakan mereka bbhagia slalu...n cpt2 kawen sblm halangan yg plg besar dtg dlm hubungan tuh...